DUA6022: KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
PENSYARAH: PUAN WAN RUSWANI BT WAN ABDULLAH
AHLI KUMPULAN:-
NUR RASYIDAH BT MOHD TAHIR 02DTM15F1012
NURFARAH AMIRAH BT MANSOR MUSAWIR 02DTM15F1080
NUR AINA SOFEA BT TAJOL ARIF 02DTM15F1094
NUR ATIKAH BT ABDUL TALIB 02DTM15F1097
JAYASRI SELVAM 02DTM15F1047
PENGENALAN
Amalan gotong-royong merupakan satu amalan yang
sering dilakukan terutamanya dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Ia juga
merupakan sebahagian daripada cara hidup atau adat resam dalam masyarakat
khususnya apabila adanya kenduri perkahwinan, perayaan, mahupun sesuatu majlis.
Kini, selepas kemerdekaan atau lebih tepat lagi, selepas pengwujudan Dasar
Kebudayaan Kebangsaan pada tahun 1973, gotong-royong telah dimartabatkan
sebagai salah satu nilai sosioekonomi kebangsaan dalam usaha pembentukan bangsa Melayu.
Pada masa kini, isu-isu yang berkaitan dengar aktiviti gotong-royong acapkali
diperkatakan. Aktiviti gotong-royong mendatangkan banyak faedah kepada
masyarakat antaranya adalah amalan gotong-royong dapat mewujudkan dan
mengeratkan hubungan silaturrahim dikalangan kaum. Bak kata pepatah “berat sama
dipikul, ringan sama dijinjing” dan “bagai aur dengan tebing” merupakan kata
yang dapat dijadikan contoh bahawa nilai perpaduan dan kerjasama itu sangat
penting dalam sesebuah masyarakat. Justeru, hubungan silaturrahim dikalangan
kaum juga dapat dieratkan dengan adanya aktiviti ini. Gotong-royong adalah
amalan yang dilakukan oleh masyarakat secara bekerjasama dan saling tolong
menolong dalam menyelesaikan pekerjaan dengan secara sukarela.
OBJEKTIF
- Mewujudkan hubungan silaturahim
yang kukuh antara satu sama lain.
- Menjadikan Negara Malaysia
hidup dalam keadaan yang harmoni dan sejahtera.
- Menjadikan Negara Malaysia
bersih disebabkan adanya sikap kerjasama antara kaum.
- Mengenal pasti masalah aktiviti
gotong-royong semakin pudar masa kini.
- Mewujudkan hubungan silaturahim yang kukuh antara satu sama lain.
- Menjadikan Negara Malaysia hidup dalam keadaan yang harmoni dan sejahtera.
- Menjadikan Negara Malaysia bersih disebabkan adanya sikap kerjasama antara kaum.
- Mengenal pasti masalah aktiviti gotong-royong semakin pudar masa kini.
DEFINISI GOTONG ROYONG
Istilah gotong royong adalah berasal dari negara Indonesia. Ianya bermaksud sebuah kerja sama atau bekerja secara kelompok antara sejumlah warga masyarakat untuk menyelesaikan sesuatu atau pekerjaan tertentu yang dianggap berguna untuk kepentingan dan kesejahteraan bersama. Kebiasaanya amalan gotong royong ini selalunya dapat dilihat di kawasan luar bandar dan jarang untuk orang-orang bandar mengamalkan amalan ini. Oleh sebab itu, semangat kejiranan makin pudar untuk mereka yang tinggal di kawasan bandar. Pada pendapat kami, aktiviti gotong-royong ini perlu dihidupkan kembali dalam masyarakat di Negara ini untuk mengeratkan hubungan silaturrahim di antara jiran-jiran serta ianya dapat mengeratkan perpaduan di antara kaum.KEPENTINGAN GOTONG-ROYONG DALAM MENGERATKAN SILATURAHIM
Seperti yang sedia maklum, gotong royong merupakan amalan yang mulia. Kerana ianya adalah satu amalan yang membantu antara satu sama lain serta merupakan satu amalan yang dapat memudahkan pekerjaan orang lain. Sekiranya amalan gotong royong ini dipupuk dalam kalangan masyarakat ianya dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain. Bak kata pepatah Melayu; " berat sama dipikul, ringan sama dijinjing". Demikian juga tentang kerja gotong-royong ini. Semua orang mengetahui bahawa sesuatu kerja yang besar buatannya dan juga belanjanya akan menjandi enteng dan kecil kosnya jika dilakukan beresama-sama. Itu adalah prinsip gotong-royong.Malaysia merupakan negara yang mempunyai pelbagai kaum. Gotong royong adalah salah satu cara untuk rakyat Malaysia berinteraksi dan tolong menolong antara satu sama lain. Pada zaman yang penuh dengan teknologi mewah contohnya seperti smart phone ini, rakyat Malaysia makin kurang berinteraksi di antara satu sama lain dan juga kurang untuk membantu antara satu sama lain. Bukan sahaja dengan jiran tertangga atau kawan kawan kurang berinteraksi, malah dengan keluarga sendiri juga tidak ada komunikasi. Hal ini sangat membimbangkan kerana ianya boleh menyebabkan kurang persefahaman di antara satu sama lain. Kurang berinteraksi juga akan menyebakan hubungan sesuatu keluarga itu renggang dan kurang bantu membantu jugak akan menyebabkan amalan mulia ini akan pudar dan hilang dimakan zaman.
KEBAIKAN AMALAN GOTONG-ROYONG
Kebaikan pertama amalan gotong-royong ialah dapat memudahkan kerja yang kita lakukan. Dengan membuat kerja secara gotong-royong, kerja yang kita lakukan akan lebih senang. Di kampung, majlis yang diadakan biasanya dibuat secara gotong-royong seperti majlis perkahwinan. Dalam sesuatu majlis yang diadakan itu,, penduduk kampung akan membantu tuan rumah khususnya dalam kerja memasak dan mendirikan khemah.
Selain itu, amalan
gotong-royong juga dapat menjimatkan masa dan tenaga. Kerja yang dilakukan akan
mengambil masa yang lebih singkat jika dilakukan secara gotong-royong.
Contohnya, gotong-royong dalam membersihkan kawasan balai raya atau sekolah.
Apabila kerja yang kita lakukan cepat siap, secara tidak langsung kita dapat
menjimatkan masa dan tenaga.
Amalan gotong-royong juga membolehkan kita menjimatkan belanja. Dalam
sesetengah keadaan, kita boleh menjimatkan perbelanjaan sehingga lima puluh
peratus. Sebagai contoh, jika sesebuah majlis perkahwinan dibuat secara
gotong-royong, kita tidak perlu membayar upah pekerja dan kos penyediaan
makanan. Selain itu, kita juga boleh menjimatkan perbelanjaan membina tempat
menunggu bas, jika dibuat secara gotong-royong.
Di samping itu, aktiviti gotong-royong juga dapat memupuk nilai-nilai murni
dalam kehidupan kita. Amalan nilai-nilai murni ini amat penting dalam
mewujudkan sebuah masyarakat yang bertanggungjawab. Antara nilai-nilai murni
yang dapat dipupuk dalam aktiviti gotong-royong ialah bekerjasama, bertolak
ansur dan kerajinan. Selain itu, amalan bergotong-royong juga dapat memupuk
sikap berjimat cermat dalam masyarakat.
Aktiviti gotong-royong juga dapat mewujudkan perpaduan kaum. Perpaduan kaum
amat penting di kalangan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum
dan agama. Contohnya, dengan mengadakan gotong-royong bagi menjayakan Program
Sambutan Bulan Kemerdekaan, perpaduan masyarakat akan terjalin secara langsung
atau secara tidak langsung. Sesungguhnya, dengan wujudnya perpaduan kaum di
kalangan rakyat, negara kita akan terus aman dan maju.
CONTOH GOTONG-ROYONG
Contoh kegiatan yang dapat dilakukan secara bergotong royong antaranya ialah membersihkan kawasan perumahan bersama jiran tetangga, kawasan sekolah bersama rakan-rakan, kawasan yang dilanda banjir, membaikpulih kawasan masjid, dan bergotong-royong membantu persiapan majlis perkahwinan. Semua aktiviti tersebut bukan sahaja dapat meringankan beban mereka yang terlibat, malahan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dan memupuk perpaduan antara satu sama lain. Tambahan pula, dengan bergotong royong, banyak hal yang telah dilakukan bangsa kita di masa lalu, mulai dari mendirikan rumah, mengerjakan sawah, membantu tetangga yang sedang berduka hingga saling bahu membahu berjuang dan memproklamasikan kemerdekaan negara. Contohnya seperti:-
USAHA USAHA MEWUJUDKAN PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA MELALUI AKTIVITI GOTONG-ROYONG.
Dalam mengharungi arus pemodenan, usaha yang
efisien harus dibuat bagi membentuk perpaduan kaum di negara kita. Pihak
keraajaan mempunyai peranan dalam merealisasikan perpaduan kaum. Usaha kerajaan
mengadakan Majlis Rumah Terbuka peringkat kebangsaan untuk menyambut perayaan
kaum utama Malaysia amat dialu-alukan. Menurut Perdana Menteri kita, konsep
Satu Malaysia dapat dijayakan melalui majlis sebegini. Semasa kerajaan
mengadakan majlis rumah terbuka, sarwajagat negara kita yang tediri daripada
pelbagai kaum memberi komitmen yang tinggi. Mereka menghadirkan diri dan
mengitimkan hubungan mereka dengan masyarakat yang mempunyai pelbagai kaum dan
latar belakang. Interaksi antara kaum dalam majlis sebegini dapat memperkasakan
hubungan antara kaum di Malaysia. Tuntasnya, kemajuan negara kita bergantung
kepada perpaduan kaum seperti kata pepatah ‘bersatu teguh, bercerai roboh’.
Perpaduan kaum juga dapat dipupuk melalui aktiviti kemasyarakatan yang memerlukan setiap kaum mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Cara ini dapat memupuk semangat kerjasama dan saling membantu antara satu sama lain dengan menghapuskan sikap mementingkan diri yang tertanam di dalam jiwa masyarakat kini. Namun, sikap negatif masyarakat terutamanya masyarakat yang duduk di bandar yang hanya bekerja tidak tentu masa dan melakukan kerja sendiri menyebabkan usaha memupuk semangat perpaduan sukar untuk diterapkan. Aktiviti memperteguh jalinan kemesraan harus dijalinkan seperti aktiviti gotong royong yang memerlukan sumbangan setiap pihak untuk menjayakan aktiviti tersebut supaya perpaduan secara maksimum dapat dilahirkan. Pendek kata, aktiviti kemasyarakatan dapat menjadi wadah yang terbaik bagi memupuk semangat perpaduan yang perlu ada dalam diri setiap rakyat seiring dengan hasrat negara untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu walaupun berlainan bangsa mahupun agama.
Perpaduan kaum juga dapat dipupuk melalui aktiviti kemasyarakatan yang memerlukan setiap kaum mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Cara ini dapat memupuk semangat kerjasama dan saling membantu antara satu sama lain dengan menghapuskan sikap mementingkan diri yang tertanam di dalam jiwa masyarakat kini. Namun, sikap negatif masyarakat terutamanya masyarakat yang duduk di bandar yang hanya bekerja tidak tentu masa dan melakukan kerja sendiri menyebabkan usaha memupuk semangat perpaduan sukar untuk diterapkan. Aktiviti memperteguh jalinan kemesraan harus dijalinkan seperti aktiviti gotong royong yang memerlukan sumbangan setiap pihak untuk menjayakan aktiviti tersebut supaya perpaduan secara maksimum dapat dilahirkan. Pendek kata, aktiviti kemasyarakatan dapat menjadi wadah yang terbaik bagi memupuk semangat perpaduan yang perlu ada dalam diri setiap rakyat seiring dengan hasrat negara untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu walaupun berlainan bangsa mahupun agama.
SEMANGAT GOTONG-ROYONG
Semangat kerjasama dalam masyarakat dapat dipupuk melalui
peranan ibu bapa. Kerjasama ini boleh dipupuk melalui penglibatan ibu bapa
bersama-sama ahli keluarga yang terdiri daripada anak-anak dalam pelbagai
aktiviti yang diadakan di kawasan tempat tinggal mereka. Ibu
bapa sewajarnya membawa anak-anak mereka menyertai aktiviti kemasyarakatan
seperti gotong-royong, majlis sambutan perayaan atau perjumpaan
bulanan komuniti. Manfaatnya setiap keluarga akan dapat dipertemukan dengan
semua jiran, saling berkenalan dan merapatkan hubungan . Mereka akan lebih
mesra, saling membantu bagai aur dengan tebing tanpa
membezakan warna kulit, bangsa atau kepercayaan. Hal ini menunjukkan bahawa
semangat bekerjasama dalam kalangan anggota masyarakat dapat
membentuk ukhuwah yang kukuh dan ampuh.
Selain itu semangat kerjasama
dalam kalangan masyarakat dapat dibentuk melalui kempen-kempen kesedaran
oleh pihak kerajaan. Pihak kerajaan seharusnya mengadakan kempen memupuk
semangat kerjasama dalam kalangan masyarakat dari semasa ke semasa agar terus
subur dalam sanubari mereka. Tuntasnya, semangat bekerjasama dalam kalangan masyarakat membolehkan
semua anggota masyarakat memahami antara satu sama lain. Masyarakat yang
berbilang kaum ini boleh mempelajari perbezaan budaya dan sistem
sosial masyarakat lain seterusnya memahami sensitiviti mereka agar dapat
bertoleransi, bekerjasama dan saling menghormati. Tegasnya semangat bekerjasama penting
dalam membentuk masyarakat yang bersatu padu dan seterusnya dapat memacu
pembangunan negara ke arah kegemilangan.
Di samping itu,
semangat kerjasama juga dapat dibentuk dalam kalangan masyarakat melalui
peranan jawatankuasa penduduk setempat. Dalam hal ini, pihak jawatankuasa
penduduk setempat boleh merancang pelbagai aktiviti kemasyarakatan dengan
lancar tanpa sebarang kekangan. Jika masyarakat dapat hidup bersama-sama dalam
suasana yang aman dan harmoni ibarat peribahasa kebukit sama di daki,
ke lurah sama dituruni maka segala aktiviti yang dijalankan akan dapat
dinikmati dengan penuh bermakna. Sebagai contohnya, pihak
jawatankuasa penduduk setempat boleh mengadakan aktiviti seperti gotong-royong
membersihkan atau menceriakan kawasan setempat, seperti dewan orang
ramai, balai raya, taman permainan kanak-kanak mahupun pusat komuniti. Jelaslah
semangat kerjasama penting bagi merapatkan hubungan anggota masyarakat dalam
suatu kawasan penduduk setempat .
Semangat kerjasama merupakan salah satu elemen penting
dan vital yang membantu melahirkan anggota masyarakat yang harmoni,
mempunyai jati diri dan semangat cinta akan negara . Dengan
itu, peranan sekolah amat penting dalam memupuk semangat kerjasama kepada
murid-murid di sekolah. Melalui pengajaran dan pembelajaran para guru boleh
membimbing murid-murid tentang kepentingan semangat bekerjasama. Pelbagai
aktiviti berbentuk kerjasama dalam kalangan murid-murid seperti gotong-royong
membersihkan kawasan sekolah, mengemas dan menceriakan bilik darjah, menghias
sekolah dengan jalur gemilang sempena sambutan Bulan Kemerdekaan dan sebagainya
dapat diimplimentasikan. Hal ini jelas menunjukkan keharmonian
kehidupan rakyat Malaysia melalui semangat bekerjasama yang diterapkan di peringkat
sekolah ibarat melentur buluh biarlah dari rebungnya membolehkan
keharmonian masyarakat terbentuk.
Intihannya, semangat kerjasama
merupakan sebahagian daripada amalan dan menjadi budaya masyarakat di Malaysia
yang menjadikan negara kita unik pada pandangan masyarakat di luar sana malah
dikenali di seluruh dunia. Tuntasnya, semangat bekerjasama bukan sahaja penting
dalam mengekalkan suasana harmoni dalam kalangan rakyat di negara kita malah
sumbangannya cukup besar terutamanya bagi memastikan Malaysia terus cemerlang
dan mampu berdaya saing pada masa akan datang kerana rakyatnya yang
bersahsiah terpuji bagi melahirkan modal insan berminda kelas pertama yang
dapat memacu negara tercinta ke arah kegemilangan di puncak jagat.
SEBAB SEBAB AMALAN GOTONG ROYONG MAKIN PUDAR
Antara faktor-faktor yang menyebabkan masyarakat Malaysia
kurang mengamalkan gotong-royong ialah kekurangan masa. Di Malaysia, faktor
masa penting dalam kehidupan seharian. Ini kerana ramai masyarakat
Malaysia menghabiskan sebahagian besar dari masanya bekerja untuk mencari rezeki. Jika
masyarakat Melayu tidak mengejar masa, mereka sendiri akan rugi. Ini
kerana persaingan di Malaysia amat sengit. Oleh kerana masyarakat Melayu mahu
mementingkan masa, nilai gotong-royong yang selama ini menjadi kebanggaan
mereka akan diabaikan. Ini kerana kegiatan bergotong-royong ini memerlukan
banyak masa.
Selanjutnya, cara bekerja juga mendorong masyarakat Melayu kurang mangamalkan semangat gotong-royong. Kini masyarakat Melayu dipengaruhi oleh budaya kapitalisme. Budaya ini mementingkan kebendaan, bayaran dan ganjaran. Oleh itu, setiap pekerjaan yang dibuat haruslah diberi ganjaran. Nilai ini bertentangan dengan nilai gotong-royong. Nilai gotong-royong ini menggalakkan seseorang itu berkorban masa dan tenaga dengan tujuan membantu dan beramal. Namun demikian, masa dan keadaan tidak menggalakkan masyarakat melayu untuk bergotong-royong.
Selain daripada
itu, bantuan teknologi juga mendorong masyarakat Melayu kurang mengamalkan
gotong-royong. Dengan bantuan teknologi, setiap aktiviti atau pekerjaan boleh
dilakukan secara ringkas dan mudah. Jika dahulu, masyarakat Melayu menggunakan
tenaga manusia untuk menebas hutan, kini mereka hanya memerlukan jentolak. Jika
dahulu kita menggunakan khidmat kendarat untuk menghidangkan makanan di majlis
perkahwinan, kini mereka menggunakan cara bufet.
Selanjutnya, cara bekerja juga mendorong masyarakat Melayu kurang mangamalkan semangat gotong-royong. Kini masyarakat Melayu dipengaruhi oleh budaya kapitalisme. Budaya ini mementingkan kebendaan, bayaran dan ganjaran. Oleh itu, setiap pekerjaan yang dibuat haruslah diberi ganjaran. Nilai ini bertentangan dengan nilai gotong-royong. Nilai gotong-royong ini menggalakkan seseorang itu berkorban masa dan tenaga dengan tujuan membantu dan beramal. Namun demikian, masa dan keadaan tidak menggalakkan masyarakat melayu untuk bergotong-royong.
KESIMPULAN
Gotong-royong
merupakan sesuatu aktiviti yang dilakukan secara berkumpulan dan ianya
dilakukan dalam kelompok yang kecil, sederhana mahupun yang besar serta ahlinya
mestilah mempunyai semangat bersatu padu dalam membersihkan sesuatu kawasan
dengan mempunyai sikap bertolak ansur sesama mereka tidak kira kaum, agama
ataupun bangsa. Perkataan ‘’ teamwork “ yang dipinjam daripada bahasa inggeris
mempunyai maksud yang mendalam serta banyak digunakan ketika melakukan sesuatu
aktiviti seperti bergotong-royong yang bermaksud kerjasama. Semangat
bekerjasama haruslah dipupuk dari usia yang muda sebagai contoh dengan
melakukan aktiviti bergotong-royong haruslah memupuk semangat “ teamwork “ agar
dapat mengeratkan serta menjalinkan hubungan yang lebih akrab sesama kaum yang
lain. Aktiviti bergotong-royong ini juga adalah sesuatu penyelesaian utama
untuk menyatukan masalah ikatan hubungan silaturahim antara kaum-kaum yang ada
di Malaysia.
Kesimpulannya, aktiviti bergotong-royong ini
amat penting, lebih-lebih lagi Malaysia merupakan Negara yang kaya dengan
pelbagai kaum serta etnik yang hidup bersama sejak zaman dahulu kala. Aktiviti
bergotong-royong juga memberikan faedah yang banyak kepada kita. Kita juga
dapat mengenal mereka dengan lebih mendalam. Aktiviti tersebut juga menjadikan
semangat dalam diri kita lebih berkobar-kobar untuk membina Ukhwah Fillah
antara kaum-kaum yang lain. Dengan terjalinnya hubungan silaturahim yang kukuh
ini, Negara kita akan lebih aman, lebih mengambil berat antara satu sama lain
dan perpaduan juga akan menjadi kukuh. Maka dengan perpaduan yang lebih kukuh
yang dibangunkan oleh pegangan semua kaum, ianya dapat mewujudkan Negara
Malaysia yang harmoni dan sejahtera serta wawasan 2020 dapat dilaksanakan.
Akhir sekali, jelas dan teranglah matlamat
pihak kerajaan yang selama ini mengadakan pelbagai aktiviti dan program-program
bagi pelajar-pelajar yang masih dibangku sekolah lagi. Bak kata pepatah melayu
“ melentur buluh biarlah dari rebungnya “ . Ini kerana amalan ini perlu dipupuk
sejak kecil lagi supaya kesannya akan dilihat suatu hari kelak nanti umpama
“alah bias tegal biasa “ . Silaturahim yang diwujudkan daripada aktiviti
bergotong-royong juga dapat menghubungkan kembali hubungan yang telah terputus.
Islam juga melarang kita memutuskan sesuatu ikatan silaturahim tetapi
mengajarkan kita untuk membaiki lebih baik untuk mengukuhkan lagi hubungan
silaturahim antara kaum-kaum yang lain serta menghormati agama mereka. Maka
tutuplah kalam terakhir dari kami dan sekian terima kasih.
RUJUKAN :-
- http://anelyza.blogspot.my/2012/05/3-punca-remaja-kurang-melibatkan-diri.html
- http://gotongroyongdrm.blogspot.my/2016/10/usaha-usahamewujudkan-perpaduan-kaum-di.html
- http://waminuha.blogspot.my/2013/05/soalan-sekolah-kamu-mengadakan-gotong.html
- https://www.scribd.com/doc/28702029/Karangan-Kepentingan-Gotong-royong
- http://ashshuaraa.blogspot.my/
No comments:
Post a Comment